Kiat Menghadapi Ujian Wanita

m113121Ditulis oleh: Al-Ustadzah Ummu ‘Ishaq al-Atsariyah

Rasul yang mulia n pernah bersabda,
مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً هِيَ أَضَرُّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ 

“Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku ujian yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada fitnah wanita.” (HR. al-Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 6880)
Demikianlah memang, jenis perempuan menempati peringkat pertama dari sekian kesenangan dunia yang sangat menggoda kaum Adam. Allah berfirman,
“Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada syahwat iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (Ali Imran: 14)
Advertisements

Fatwa Ulama Terkait Film Penghinaan Terhadap Nabi

Pertanyaan:

Ulama senior di Kerajaan Saudi Arabia, sekaligus anggota al-Lajnah ad-Daimah (komisi Fatwa Kerajaan Saudi Arabia), Syaikh Dr. Shaleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan mendapatkan pertanyaan dalam kajian harian beliau di daerah Malaz Riyadh, “Fadhilatusy Syaikh –waffaqakumullaah-. Pertanyaan yang masuk saat ini banyak sekali. Di antaranya, ada yang bertanya tentang bagaimana nasihat Anda bagi para penuntut ilmu dan juga selain mereka tentang apa yang terjadi saat ini berkaitan dengan film yang menghina Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam. Apa wejangan Anda dalam hal ini?”

Jawaban:

Teruskan membaca

Dimana letaknya akal?,jantung atau otak?

Fadhilatus Syeikh Muhammad bin Soleh `Uthaimin – rahimahullah- :
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله ، أما بعد

Allah subhanah, Dialah yang mengetahui perkara tersebut, Dia subhanahu wa Ta`ala mengetahui pandangan mata yang khianat dan Dia juga mengetahui apa yang disembunyikan dalam dada-dada iaitulah dalam jantung kerana jantung terletak di dalam dada, dan jantung adalah tempat di mana terletaknya akal dan berlaku di dalamnya proses kefahaman dan berlaku pada proses pentadbiran( seluruh jasad (darah-darah dipam melalui jantung keseluruh badan) sebagaimana Firman Allah Ta`ala:
أفلم يسيروا في الأرض فتكون لهم قلوب يعقلون بها

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami( memikir) dengannya?.
[ Al-Hajj: 46 ]
Firman Allah lagi:
فإنها لا تعمى الأبصار ولكن تعمى القلوب التي في الصدور

Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
[ Al-Hajj: 46 ]

Maha suci Allah seakan-akan ayat ini turun dalam menjelaskan keadaan manusia hari ini bahkan keadaan manusia pada zaman dahulu iaitulah adakah akal terletak di dalam otak ataupun akal terletak di dalam jantung?

“Masalah ini menjadi kemusykilan terhadap ramai di kalangan mereka dari kalangan pengkaji-pengkaji yang hanya mengkaji berdasar pemerhatian dan kajian yang bersifat materialistik tidak mahu mengembalikan hal tersebut kepada firman Allah dan sabda RasulNya Sallallahu`alaihiwasallam.Maka pada hakikatnya bahawasanya urusan ini adalah jelas bahawasanya akal terletak di jantung dan bahawasanya jantung terletak di dalam dada. Maksud firman Allah:” Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami( memikir) dengannya?.” . Dan firmanNya lagi( yang bermaksud): ” Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada”.
Allah tidak pernah langsung menyebut hati-hati yang berada di dalam otak, maka hal ini adalah sangat jelas bahawasana akal terletak di jantung dan dikukuhkan lagi pendapat ini dengan sabda Nabi Sallallahu`alaihiwasallam : ” Maka ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, jika ianya baik maka akan baiklah keseluruhan tubuh badan, jika ianya rosak maka akan rosaklah keseluruhan tubuh badan maka ketahuilah ianya adalah “al-Qalb” (hati@jantung).Maka apakah layak kamu dengan sesuatu yang telah bersaksi tentangnya oleh Kitab Allah dan Allah ialah Al-Khaliq (Pencipta) alam, mencipta segala sesuatu dan telah bersaksi tentangnya oleh Sunnah Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam.
Sesungguhnya merupakan kewajipan ke atas kita semua menyalahi pendapat ( yang berlawanan dengan al-quran dan as-sunnah) dan membuang semua perkataan atau pendapat yang menyalahi kitab Allah dan Sunnah RasulNya Sallallahu“alaihiwasallam dan menjadikan pendapat tersebut di bawah kaki-kaki kita dan kita tidak mempedulikannya, jika jantung adalah tempat bagi akal maka tidak syak lagi, tetapi otak adalah tempat imaginasi( gambaran) kemudian apabila gambaran telah dilakukan dan disediakan oleh otak maka ianya akan menyalurkannya kepada hati, kemudian hati memerintahkan atau melarang seakan-akan otak mengambil peranan sebagai setiausaha yang menyediakan segala perkara kemudian menyerahkannya kepada hati kemudian hati memerintahkan atau melarang (tindakan), dan hal ini bukanlah pelik.

Firman Allah Ta`ala:
وفي أنفسكم أفلا تبصرون
Pada diri-diri kamu apakah kamu tidak memerhatikan (penciptaanya)?.
[ Ad-Dzaariaat:21]
Di dalam badan ini sangat banyak perkara-perkara yang menghairankan akal, dan juga kami katakan hal ini kerana Nabi baginya selawat dan salam telah bersabda: ” Jika ianya baik maka akan baiklah tubuh badan,kalaulah bukan urusan tersebut bagi hati maka tidaklah akan berlaku jika ianya baik maka akan baik tubuh badan,dan jika ianya rosak maka akan rosaklah tubuh badan keseluruhannya, maka jantung@hati adalah tempatnya bagi akal dan pentadbiran bagi individu akan tetapi tidak syak bahawasanya baginya ada hubungan yang bersambung dengan otak dan disebabkan itulah jika rosak atau hilang akal rosaklah pemikiran dan kerosakan akal ini berkait rapat dengan ini tetapi akal yang mentadbir terletak di dalam jantung dan jantung terletak di dalam dada. tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

والحمد لله رب العالمين
Sumber: Syarah Riyadhus Shalihin -jilid satu- Bab al-Muraqabah-
Diterjemahkan oleh: Abul Hussein
%d bloggers like this: