Ubat Ketika Rindukan Si Dia

Oleh : Ustadz Muhammad Abduh Tuasikal
Tak boleh disangkal lagi, manusia akan selalu berinteraksi dengan cinta. Sementara kecintaan memberikan buah kerinduan. Orang yang bercinta akan rindu kepada orang yang dicintainya.
Kerinduan kepada kekasih, seringkali menyebabkan duka. Kerana sudah diketahui bahawa coupling bukanlah jalan yang halal untuk ditempuh, maka pernikahanlah satu-satunya yang menjadi pilihan. Padahal sang pemuda belum mampu memberi nafkah lahir. Wanita pun masih muda dan dituntut oleh orang tua untuk menyelesaikan pengajian atau meraih sarjana. Akhirnya, oleh kerana tidak kesampaian untuk menikah, makacoupling terselubung sebagai jalan keluar kerana tidak kuat menahan rasa rindu pada si dia. Lewat chatting, inbox FB atau SMS menjadi saluran alternatif.
Inilah yang dialami pemuda masa kini. Mungkin juga dialami para aktivis dakwah. Agar dikira tidak melalui pacaran, maka SMS dan chatting yang menjadi pilihan. Seharusnya rasa rindu ini boleh dipendam dengan melakukan beberapa panduan yang akan kami utarakan[1]. Semoga Allah senantiasa memberi taufik.
Terapi dari Rasa Rindu dengan Segera Menikah